Alhamdulillah, setelah hampir 20 jam berada dalam perjalanan(termasuk transit), penulis telah selamat tiba di Syria pada 6 April 2010 sekitar jam 4 petang(waktu tempatan). Syria merupakan sebuah negara Arab yang masyhur dengan keaslian Bahasa Arabnya dan juga kelazatan manisannya. Penulis datang ke negara ini bertujuan untuk mengkayakan skill Bahasa Arab yang sedia ada, mempelajari sedikit sebanyak ilmu agama, menziarahi tempat-tempat bersejarah, dan juga membuat sedikit kajian tentang kehidupan masyarakat Arab di negara ini. Setakat ini semua proses berjalan dengan lancar kecuali tempat kediaman yang masih dalam proses pencarian. Cuaca di negara ini pula boleh dikatakan agak sejuk, iaitu sekitar 20 darjah celcius. Manakala pada sebelah malam pula ia boleh mencecah sehingga 10 darjah celcius. Keadaan ini dijangka akan berterusan hingga hujung bulan ini sebelum musim panas tiba pada Jun nanti. Berkenaan dengan masyarakat Arab di sini pula boleh dikatakan agak memuaskan. Masyarakat Arab disini agak peramah walaupun pada zahirnya mereka kelihatan kasar ; memang asalnya mereka ini kasar daripada beberapa aspek.


Seterusnya, perkara yang mengecewakan penulis disini ialah beberapa laman web sosial popular seperti Facebook, Youtube dan Blogspot disekat dan diharamkan di negara ini. Laman-laman web ini diharamkan oleh Kerajaan Syria atas beberapa sebab - setahu penulis ianya bagi melindungi rakyat negara ini daripada pengaruh Israel. Pengharaman ini agak menyedihkan penulis kerana mungkin agak susah bagi penulis untuk berhubung dengan teman-teman dan juga keluarga yang berada di Malaysia. Namun begitu, atas sedikit pengetahuan dan kepakaran penulis tentang proksi untuk mengakses laman-laman yang disekat, akhirnya penulis berjaya mengakses laman Facebook, Blogspot dan lain-lain laman web yang disekat. Akibat dari itu, penulis boleh menulis entri ini untuk tatapan para pembaca budiman yang ingin mengetahui perkembangan dan keadaan semasa penulis sepanjang berada disini.


Penulis ingin mengundurkan diri dulu memandangkan masa tidak mengizinkan, Insyaallah, penulis akan kembali menulis entri baru bila mana masa mengizinkannya. Setakat ini sahaja buat masa kini, kepada teman-teman yang penulis tidak sempat mengkhabarkan berita kedatangan ke negara ini, harap maaf. Semoga kalian semua berada dalam keadaan sihat seadanya. Ila lliqa'.


Photobucket
the arrival


Photobucket
airport Damsyik


Photobucket
berhampiran telaga Nabi Ayub a.s.