Nasihat
Thursday, February 04, 2010
Posted by Mujtaba Husam
Imam Hassan al-Banna telah menghantar banyak surat kepada pelajarnya yang belajar di Amerika. Ia mengandungi banyak nasihat yang berguna terutamanya untuk generasi muda pada hari ini. Antaranya ialah :
1 - Sempurnakan kewajipan terhadap Allah yang diperintahkan keatas kamu pada waktu-waktu yang telah ditetapkan. Jangan mengabaikannya dengan beralasan untuk mengerjakannya di masa lain dengan alasan kamu sibuk dengan urusan lain.
" Janganlah engkau mengikuti hawa nafsu kerana ia akan menyesatkan engkau dari jalan Allah ". (38:26)
2 - Memperbanyakkan membaca Al-Quran dengan kefahaman dan dengan bacaan yang berhati-hati kerana ia penyembuh kepada jiwa dan menenangkan hati.
3 - Berjaga-jaga wahai pemuda yang ku sayangi sesungguhnya pada pandangan Allah semua kenikmatan(nafsumu) tidak ada nilai walau sebesar sayap nyamuk dan tidak kepada kebanggaan dan kemuliaan. Ia adalah sia-sia tetapi manifestasi kepada kenikmatan(nafsu) semasa sahaja dan kemunduran yang memujuk. Jadi berhati-hatilah agar syaitan tidak memperdayakan kamu, jika tidak kamu akan bergelumang dengan dosa dan penipuan semata-mata.
4 - Pemuda yang ku sayangi, jika ada manusia yang dekat dengan kamu yang mengatakan yang haram itu halal, maka janganlah kamu mendekati mereka. Kerana bila mereka melakukan dosa, mereka tidak akan merasa malu bahkan mereka tidak dapat menahan diri mereka dari melakukannya. Kamu juga sepatutnya tidak bersetuju dengan perbuatan mengikut hawa nafsu mereka dan tidak bergaul dengan kenikmatan sementara dosa-dosa mereka. Sebaliknya kamu merasa tidak tenteram dari menasihati mereka sebelum dipertanggungjawabkan oleh Allah dan di akhirat nanti tiada diambil sebagai alasan bagimu untuk terlepas darinya.
5 - Seperti kasino, kelab malam dan tempat-tempat maksiat yang lain, masa kamu lebih berharga untuk dihabiskan di tempat-tempat tersebut. Aku ada terlihat pepatah mengatakan masa diciptakan daripada emas dan aku tidak menyetujuinya. Masa itu lebih bernilai daripada emas, masa itu kehidupan. Bukankah benar hidup kamu ini tidak ada apa-apa tetapi sebentar sahaja dan kamu tidak tahu bilakah ia akan berakhir?
6 - Jangan makan makanan yang disediakan di restoran dan di mana-mana tempat seperti daging babi dan daging mati. Sebenarnya benda halal yang kamu gantikan dengan benda haram sudah cukup untuk kepuasanmu. Jadi janganlah kamu memakan benda yang haram dan jangan biarkan dagingmu tumbuh diatas benda yang datangnya dari sumber yang haram. Jika tidak, api neraka berhak untuknya(daging yang tumbuh dari sumber yang haram). Allah telah melarang sesuatu yang tidak suci. " Mereka(orang-orang yang bertakwa) menghalalkan segala yang baik dan mengharamkan segala yang buruk ". (7:157) Jadi, tinggalkanlah sesuatu yang buruk kepada sesuatu yang lebih baik.
This entry was posted on October 4, 2009 at 12:14 pm, and is filed under
Tips
. Follow any responses to this post through RSS. You can leave a response, or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
February 06, 2010
ye. betul.